Feel free to leave a comment or be my follower..Untuk tempahan sila hubungi saya. -0133340108-

Waktu Sekarang


Get your own Digital Clock

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Cupcake Hantaran Tunang


Coklat Moist

Pertama sekali terima kasih buat Nadia yang sudah kali kedua menempah cupcake dengan dengan saya..kali ni juga untuk majlis pertunangan sepupunya..Tq Nadia..

Football Theme



Coklat Moist

Birthday Cake Baby Ozil..Tq Tina sudi order kek dengan saya...Tina ni kawan lama masa sekolah Teknik dulu..dah lebih 10 tahun tak jumpa..akhirnya bersua muka semula bila Tina order kek ni..walupun lama tak jumpa..tapi semenjak adanya facebook..kami berjumpa semula..berjumpa di halaman muka buku je la..dan kami terus berhubung..majlis diadakan di rumah Tina di Symphony Height Condominium..Tq sekali lagi..

Lagi...lagi pavlova


Pavlova

Nak tulis apa yek pasal pavlova ni..ni sebenarnya untuk makan sendiri dan diberikan kepada jiran-jiran..terutama jiran sebelah..sebab asyik bercerita pasal pavlova dengan dia..dan ada lah jugak berjanji nak buat dan bagi dia rasa....makanya...buat dan bagila..alhamdullillah tertunai sudah janji...walaupun nampak kecil janjinya...ia tetap satu janji..

Mini Kek Vanilla


kek Vanilla

Kek harijadi suami tercinta..tapi buat kek mini je...nanti tak habis besar-besar..itupun bleh lagi bagi separuh kat jiran sebelah..petang masa mendeco jiran sebelah ku (Hazel) datang..jadi dia tengok saya mendeco..tak elok plak tak bagi rasa..saya pun bagi separuh pada dia..bak kata orang banyak cara banyak..sikit cara sikit kita memberi...alhamdullillaah berkat sedekah dan bagi pada jiran..kek yang walaupun kecil cukup untuk kami sekeluarga..tidak ada pembaziran..alhamdullillah..sedap..hehe..

Pavlova Lagi..


Pavlova
Pavlova ni saya buat untuk tetamu yang datang ke rumah itu hari..maklumla sekarang ni asyik demam pavlova je...jadinya pilihan utama bila tetamu datang adalah pavlova ni la..hehe..bleh tuan rumah tumpang makan sekali..nak buat suka-suka x terhabis plak makan...hubby dengan anak-anak dah jemu makan ni..masa mula-mula dulu bersungguh-sungguh makan..sekarang dah tak berapa layan..

Tuesday, July 3, 2012

Mc Queen



KekCoklat Moist & Kek Vanilla

Kek Mc Queen adik Alif Danial Tay dari Puchong Jaya...ibunya adalah kawan sekampung saya..Kak Fizah..sebelum ni Kak Fizah pernah ambil pavlova dari saya..maknanya dah dua kali Kak Fizah tempah kek dari saya..dua gambar kat atas saya ambil sendiri setelah siap kek..yang peliknya nampak pink colour..sebenarnya colour merah macam dalam gambar bawah sekali...gambar yang diambil oleh KakFizah..mungkin sebab kamera atau cahaya lampu agaknya..apa-apa pun Kak Fiza berpuas hati..Terima kasihKak Fiza.. 

Sunday, July 1, 2012

Boboiboy


Kek Blueberry

Kek harijadi Hafiz anak Kak Ieja dari Kinrara...terima kasih Kak Ieja kerana sekali lagi buat kali keduanya menempah kek dengan saya...alhamdullillah Kak Ieja berpuas hati..meriah majlis hari tu..sebab Kak Ieja buat majlis cukur jambul baby dia sekali..terima kasih sekali lagi..

Pavlova

Pavlova

Gambar pavlova ni tak clear sangat..sebab masa ambik gambar ni bergoyang sikit..tapi apa-apa pun terima kasih pada Zila Kandar dari Apartment Kiambang Taman Putra Perdana kerana sudi tempah dengan saya...Zila ni sebenarnya kawan masa sekolah teknik dulu...kebetulan duduk taman yang sama..